Thursday, October 30, 2008

BINGKISAN DOA

Ya Allah Ya Tuhanku...
Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kamiAgar kemesraan itu kekal abadi..

Dan Ya AllahYa Tuhanku yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah ya Tuhanku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta

Gantikanlah yang telah hilang
Tumbukanlah kembali yang telah patah
Walaupun idak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrakanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukupkanlah Engkau sahaja
Yang menjadi PemeliharakuDi dunia dan juga di akhirat nanti
Dengarkanlah permintaan dan rintihan dari hambaMu yang daif ini...

Ya Allah..
Jangan biarkan aku bersenirianDi dunia ini mahupun di akhirat nanti
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah padaku seorang pasangan yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku dan dirinya sama-sama mendapat keredhaan dariMu Ya Allah..

Dan seterusya Ya Allah...
Dapat membina hidup ini dengan penuh kesejahteraan
Ke jalan yang Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami Ya Allah
keturunan yang soleh dan solehah...
Amin...Ya Rabbal A'lamin....

0 comments:

 
© 2008 Hak Cipta Terpelihara PINKY VIF LUV